CIRI-CIRI PENGAJARAN MIKRO
1. Objektif pengajaran-pembelajaran yang terhad. Mengandungi satu atau dua objektif dan boleh dicapai
2. Jumlah pelajar yang kecil. Boleh terdiri daripada rakan sekursus, 10-15 org, jumlah yang kecil dan lebih terkawal, tiada gangguan agar dapat beri tumpuan kepada aspek kemahiran tertentu.
3. Fokus hanya pada satu atau dua strategi kemahiran. Justeru perbincangan selepas pengajaran mikro dapat difokuskan
4. Jangkamasa pengajaran yang singkat, (5 – 10 minit) supaya aspek kemahiran tertentu yang telah ditetapkan dapat diberi perhatian
5. Bahan pelajaran yang sedikit. Tidak perlu sampaikan keseluruhan isi pelajaran kerana tumpuan lebih kepada penyampaian pelajaran
6. Perbincangan selepas pengajaran. Bincang apa yang telah dilakukan berdasarkan daripada pemerhatian dan rakaman video. Lihat sendiri apa yang telah dilakukan semasa mengajar, maka diharap ia dapat membantu guru mengeenalpasti kekuatan dan kelemahan masing-masing.
Anda boleh memilih salah satu daripada kemahiran berikut untuk diaplikasikan ke dalam mikropengajaran. Terdapat beberapa kemahiran mikropengajaran, antaranya;
1. Memulakan pengajaran/ set induksi
2. Mencungkil idea
3. Menyoal atau mengemukakan soalan
4. Melayan jawapan daripada pelajar
5. Melayan soalan daripada pelajar
6. Variasi rangsangan
7. Menerang/ penerangan
8. Memperkukuh/ peneguhan
9. Mengilustrasi/ menjelaskan dengan contoh
10. Menggunakan papan hitam
11. Membuat demonstrasi/ tunjuk cara/ eksperimen
12. Menutup pengajaran
13. Membuat refleksi dan sebagainya….
ARAHAN:
1. Pelajar akan mengajar satu pelajaran (pilihan pelajar) selama 5 -10 minit.
