About Me

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
Everyday is a new beginning,and every moment is a time for self-vigilance.

Saturday 8 October 2011

Panduan Tugasan Mikropengajaran

CIRI-CIRI PENGAJARAN MIKRO
1. Objektif pengajaran-pembelajaran yang terhad. Mengandungi satu atau dua objektif dan  boleh dicapai
2. Jumlah pelajar yang kecil. Boleh terdiri daripada rakan sekursus, 10-15 org, jumlah yang kecil dan lebih terkawal, tiada gangguan agar  dapat beri tumpuan kepada aspek kemahiran tertentu.
3. Fokus hanya pada satu atau dua strategi kemahiran. Justeru perbincangan selepas pengajaran mikro dapat difokuskan
4. Jangkamasa pengajaran yang singkat, (5 – 10 minit) supaya aspek kemahiran tertentu yang telah ditetapkan dapat diberi perhatian
5. Bahan pelajaran yang sedikit. Tidak perlu sampaikan keseluruhan isi pelajaran kerana  tumpuan lebih kepada penyampaian pelajaran
6. Perbincangan selepas pengajaran.  Bincang apa yang telah dilakukan berdasarkan daripada pemerhatian  dan  rakaman video. Lihat sendiri apa yang telah dilakukan semasa mengajar, maka diharap ia dapat membantu guru mengeenalpasti kekuatan dan  kelemahan masing-masing.
Anda boleh memilih salah satu daripada kemahiran berikut untuk diaplikasikan ke dalam mikropengajaran. Terdapat beberapa kemahiran mikropengajaran, antaranya;

1.         Memulakan pengajaran/ set induksi
2.         Mencungkil idea
3.         Menyoal atau mengemukakan soalan
4.         Melayan jawapan daripada pelajar
5.         Melayan soalan daripada pelajar
6.         Variasi rangsangan
7.         Menerang/ penerangan
8.         Memperkukuh/ peneguhan
9.         Mengilustrasi/ menjelaskan  dengan contoh
10.       Menggunakan papan hitam
11.       Membuat demonstrasi/ tunjuk cara/ eksperimen
12.       Menutup pengajaran
13.       Membuat refleksi dan sebagainya….


ARAHAN:
1.      Pelajar akan mengajar satu pelajaran (pilihan pelajar) selama 5 -10 minit.

2.      Sesi pengajaran boleh berlaku  sama ada pada peringkat permulaan, perkembangan ataupun penutup.
3.      Pilih atau fokuskan kepada  satu kemahiran/ atau dua kemahiran yang akan digunakan semasa sesi mikropengajaran tersebut.
4.      Oleh kerana masa adalah singkat, alat bantuan visual seperti powerpoint tidak digalakkan.
5.      Pengunaan powerpoint atau video tidak digalakkan sekiranya anda ingin menggunakan kemahiran tersebut dalam  set induksi
6.      Walaubagaimanapun, carta, flipchart, papan putih, handouts boleh digunakan.
7.      Rakaman boleh dibuat oleh pelajar untuk membantu mereka membuat refleksi (dalam kes ini rakaman adalah diperlukan sebagai tambahan kepada kehendak kursus).
8.      Maklumbalas mesti diberikan kepada pelajar selepas setiap mikropelajaran.
Harap sedikit info ini dapat membantu.
Nik Mohd Zaki B. Nik Mohamed
zaki@fppm.upsi.edu.my
zakiKPD3026@gmail.com
05-4506164