About Me

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
Everyday is a new beginning,and every moment is a time for self-vigilance.

Friday 14 October 2011

Step To Upload Video File To Youtube

1). Go to www.youtube.com then create account.

2). Sign in with your new account.

3). Upload your video (video file must change to avi file first with Format Factory)
      If not change to avi file, you need to take long time to upload.

4). Below there got Broadcasting and sharing options

5). Tick on Unlisted ( anyone with the link can view


Copy and save your video URL. Anyone with the link can view your video. You also can send your URL to your lecture to get some command.



Saturday 8 October 2011

Panduan Tugasan Mikropengajaran

CIRI-CIRI PENGAJARAN MIKRO
1. Objektif pengajaran-pembelajaran yang terhad. Mengandungi satu atau dua objektif dan  boleh dicapai
2. Jumlah pelajar yang kecil. Boleh terdiri daripada rakan sekursus, 10-15 org, jumlah yang kecil dan lebih terkawal, tiada gangguan agar  dapat beri tumpuan kepada aspek kemahiran tertentu.
3. Fokus hanya pada satu atau dua strategi kemahiran. Justeru perbincangan selepas pengajaran mikro dapat difokuskan
4. Jangkamasa pengajaran yang singkat, (5 – 10 minit) supaya aspek kemahiran tertentu yang telah ditetapkan dapat diberi perhatian
5. Bahan pelajaran yang sedikit. Tidak perlu sampaikan keseluruhan isi pelajaran kerana  tumpuan lebih kepada penyampaian pelajaran
6. Perbincangan selepas pengajaran.  Bincang apa yang telah dilakukan berdasarkan daripada pemerhatian  dan  rakaman video. Lihat sendiri apa yang telah dilakukan semasa mengajar, maka diharap ia dapat membantu guru mengeenalpasti kekuatan dan  kelemahan masing-masing.
Anda boleh memilih salah satu daripada kemahiran berikut untuk diaplikasikan ke dalam mikropengajaran. Terdapat beberapa kemahiran mikropengajaran, antaranya;

1.         Memulakan pengajaran/ set induksi
2.         Mencungkil idea
3.         Menyoal atau mengemukakan soalan
4.         Melayan jawapan daripada pelajar
5.         Melayan soalan daripada pelajar
6.         Variasi rangsangan
7.         Menerang/ penerangan
8.         Memperkukuh/ peneguhan
9.         Mengilustrasi/ menjelaskan  dengan contoh
10.       Menggunakan papan hitam
11.       Membuat demonstrasi/ tunjuk cara/ eksperimen
12.       Menutup pengajaran
13.       Membuat refleksi dan sebagainya….


ARAHAN:
1.      Pelajar akan mengajar satu pelajaran (pilihan pelajar) selama 5 -10 minit.

CONTOH REFLEKSI UNIT PELAJARAN


UNIT
TAJUK
3
FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG):
PEMIKIRAN DAN AMALAN DALAM PROFESION KEGURUAN

1.                   Ringkasan Isi Kandungan Unit
Ringkasan bererti sinopsis bukannya memberikan objektif/hasil pembelajaran.

Contoh:
Unit ini mengandungi 4 bahagian yang berkaitan dengan perkembangan profesion keguruan. Dalam bahagian pertama memberi fokus kepada perbandingan konsep keguruan dan perguruan yang sering disalah tafsirkan penggunaannya. Pembinaan guru yang berkualiti pula didasarkn kepada FPG yang mengandungi maksud yang tersurat dan tersirat berkaitan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang perlu ada pada seorang guru. Seterusnya _______________________________(lengkapkan dalam satu peranggan sahaja. Tidak melebihi 150 patah perkataan)

  1. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya

Konsep
Penjelasan
1.
Standard Guru Malaysia   ( SGM )
Suatu piawaian yang ditetapkn untuk mengenalpasti tahap kompetensi profesional guru-guru di Malaysia.