About Me

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
Everyday is a new beginning,and every moment is a time for self-vigilance.

Assignment

CIRI-CIRI PENGAJARAN MIKRO
1. Objektif pengajaran-pembelajaran yang terhad. Mengandungi satu atau dua objektif dan  boleh dicapai
2. Jumlah pelajar yang kecil. Boleh terdiri daripada rakan sekursus, 10-15 org, jumlah yang kecil dan lebih terkawal, tiada gangguan agar  dapat beri tumpuan kepada aspek kemahiran tertentu.
3. Fokus hanya pada satu atau dua strategi kemahiran. Justeru perbincangan selepas pengajaran mikro dapat difokuskan
4. Jangkamasa pengajaran yang singkat, (5 – 10 minit) supaya aspek kemahiran tertentu yang telah ditetapkan dapat diberi perhatian
5. Bahan pelajaran yang sedikit. Tidak perlu sampaikan keseluruhan isi pelajaran kerana  tumpuan lebih kepada penyampaian pelajaran
6. Perbincangan selepas pengajaran.  Bincang apa yang telah dilakukan berdasarkan daripada pemerhatian  dan  rakaman video. Lihat sendiri apa yang telah dilakukan semasa mengajar, maka diharap ia dapat membantu guru mengeenalpasti kekuatan dan  kelemahan masing-masing.
Anda boleh memilih salah satu daripada kemahiran berikut untuk diaplikasikan ke dalam mikropengajaran. Terdapat beberapa kemahiran mikropengajaran, antaranya;

1.         Memulakan pengajaran/ set induksi
2.         Mencungkil idea
3.         Menyoal atau mengemukakan soalan
4.         Melayan jawapan daripada pelajar
5.         Melayan soalan daripada pelajar
6.         Variasi rangsangan
7.         Menerang/ penerangan
8.         Memperkukuh/ peneguhan
9.         Mengilustrasi/ menjelaskan  dengan contoh
10.       Menggunakan papan hitam
11.       Membuat demonstrasi/ tunjuk cara/ eksperimen
12.       Menutup pengajaran
13.       Membuat refleksi dan sebagainya….


ARAHAN:
1.      Pelajar akan mengajar satu pelajaran (pilihan pelajar) selama 5 -10 minit.

2.      Sesi pengajaran boleh berlaku  sama ada pada peringkat permulaan, perkembangan ataupun penutup.
3.      Pilih atau fokuskan kepada  satu kemahiran/ atau dua kemahiran yang akan digunakan semasa sesi mikropengajaran tersebut.
4.      Oleh kerana masa adalah singkat, alat bantuan visual seperti powerpoint tidak digalakkan.
5.      Pengunaan powerpoint atau video tidak digalakkan sekiranya anda ingin menggunakan kemahiran tersebut dalam  set induksi
6.      Walaubagaimanapun, carta, flipchart, papan putih, handouts boleh digunakan.
7.      Rakaman boleh dibuat oleh pelajar untuk membantu mereka membuat refleksi (dalam kes ini rakaman adalah diperlukan sebagai tambahan kepada kehendak kursus).
8.      Maklumbalas mesti diberikan kepada pelajar selepas setiap mikropelajaran.
Harap sedikit info ini dapat membantu.
Nik Mohd Zaki B. Nik Mohamed
zaki@fppm.upsi.edu.my
zakiKPD3026@gmail.com
05-4506164


TUGASAN 50%
Soalan 1
Arahan
Petikan yang berikut merupakan sebahagian daripada temu bual yang telah dijalankan di sebuah sekolah antara guru kelas dengan seorang pelajar baharu. Perbualan ini berlaku dalam suasana yang tidak formal dan bahasa yang gunakan juga tidak baku. 
Tukarkan bahasa yang digunakan dalam perbualan ini  dalam bahasa Melayu baku.
Guru

Norji


Guru

Norji


Guru

Norji

Guru

Norji


Guru

Norji

Guru

Norji

Nama awak siapakah? Bagaimana rasa belajar kat sini?

Nama saja Norji. Asal Kampung Pinang. Saya sekolah dekat sini. Saya seronok belajar kat sini.

Kenapa seronok?

Kiranya dapat menimba ilmu pengetahuan dari guru-guru yang berpengalaman. Macam guru lepas belajar daripada luar negara.

Apa peranan you bila cikgu guna smartbord?

Baru tau itu smartboard. Rasa macam adalah semangat sikit kan, nak belajar.

Oo… Dulu tak semangat nak belajar, tak ada smartboard.

Tak jugaklah. Kiranya menambahkan semangat untuk belajar. Tapi setiap kelebihan ada la kekurangan dia.

Kekurangan?

Tu la smartboard. Masa dia sikit sangat. Kalau pakai smartboard tak sempat nak salin nota.

Oh… perlu lebih masa la.

Ya. Masalahnya banyak masa terbuang kat situ, teknikal tu kan.


15 markah


Soalan  2 - Esei

Arahan
Tulis sebuah esei berdasarkan soalan di bawah.
Baru-baru  ini kerajaan telah memperkenalkan dasar bahasa , iaitu “Memartabatkan bahasa Melayu dan Memperkasakan bahasa Inggeris”. Sebagai guru di sekolah, anda terlibat secara langsung dengan dasar tersebut  dalam memperkukuh penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Bincangkan lima (5) peranan yang anda boleh lakukan dalam menjayakan dasar berkenaan.

Esei yang dihasilkan perlu  memenuhi kriteria berikut:
  1. Laras bahasa ilmiah;
  2. Huraian yan tuntas dan contoh yang relevan;
  3. Pada tempat-tempat yang sesuai, gunakan peribahasa atau kata-kata hikmat;
  4. Setiap pernyataan ada sumber rujukan yang autentik;
  5. Menggunakan jenis fon Arial saiz 11 atau Times New Roman saiz 12 dengan jarak langkau 1.5;
  6. Panjang esei kira-kira 2,500 patah perkataan.


35 markah